Tapi aku hanyalah ingin menyuarakan pandangan aku mengenai hala tuju masa hadapan PKR.
Apa yang aku ingin merperkatakan disini ialah yang mana antara mereka lebih layak menjadi Timbalan Presiden PKR.
Jujur aku mengatakan bahawa Azmin lebih banyak berjasa.Sudah berapa lama Azmin menjadi ahli dalam PKR.
Lagi pun dia lebih sederhana yang mana digalakkan oleh Islam.Jasa sesorang terhadap parti boleh kita nilaikan sejauh mana kebolehan dia dan sejauh manakah dia amanah terhadap parti.
Dia turut disenangi oleh pelbagai pihak dan sifat kesederhanaan beliau turut menyebabkan dia dihormati.Dia tidak rakus dalam politik.Ini adalah antara kelebihan Azmin
Bagi Zaid adalah antara muka baru dalam PKR kita tidak tahu sejauh manakah kebolehan beliau. Aku tahu siapalah aku untuk menyuarakan pendapat aku.Tapi ini hanyalah secebis kupasan dari diri aku sendiri.
Seharusnya beliau lebih banyak belajar dari ahli-ahli lama dalam parti.Lagi pun cara pemikiran parti pada aku Zaid lebih ke arah kebaratan.
Aku bukan tak suka sama Zaid cuma aku berasa beliau belum bersedia untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden PKR.Jadi kita tengoklah siapa yang dapat duduk atas kerusi tersebut.Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Zaid Ibrahim kritik kod etika pemilihan PKR
BAHANG menjelang pemilihan PKR pada November ini mula terasa apabila ahli biro politiknya, Datuk Zaid Ibrahim menjadi orang pertama bangun mempersoalkan kod etika yang diperkenalkan parti itu.
Beliau yang juga penyelaras Pakatan Rakyat berharap PKR tidak menjadi “hipokrit seperti Umno” apabila melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penganjuran rumah terbuka hari raya.
“Agaknya, adalah diandaikan bahawa penganjuran open house (rumah terbuka) yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti.
“Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh di pengaruhi oleh makan dan minum!”
Menulis dalam blognya Zaid untuk Rakyat, Zaid berkata kod etika boleh digunakan, tetapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih.
“Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika?” coret Zaid dalam artikel berjudul ‘Demokrasi dalam Parti Politik‘.
Aku ingin mengingatkan kita memperjuangkan rakyat Malaysia dan hak rakyat.Janganlah sesekali membeli pengundi.Pengundi hendaklah tulus dan adil memilih pemimpin mereka.Kemanakah hilang kredibiliti beliau sebagai pemimpin sekiranya menggunakan pengaruh wang.
Ini hanyalah luahan hati aku, bukan untuk menilai siapa yang lebih baik dan siapa yang buruk.
Sekian....
No comments:
Post a Comment