Wednesday, September 8, 2010

Pakai tali pinggang keledar belakang atau didenda

Pakai tali pinggang keledar belakang atau didenda


Penumpang belakang dalam perjalanan balik ke kampung bersempena Hari Raya ini perlu pastikan yang mereka menggunakan tali pinggang keledar kerana jika tidak mereka boleh didenda RM300
 
Peraturan mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang di belakang masih berkuatkuasa dan pihak penguat kuasa sedang meningkatkan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang gagal mematuhi peraturan ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.

Walaupun peraturan penggunaan tali pinggang keledar oleh penumpang tempat duduk belakang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009, adalah jelas ramai pengguna jalan raya masih ragu akan peraturan ini.

"Saya berada di Seremban bagi satu kempen keselamatan jalan raya, dan bingung apabila mendapati ramai pengguna jalan raya yang saya temui masih ragu yang peraturan ini berkuatkuasa. Baik, jika ada pihak yang keliru, biar saya jelaskan yang undang-undang ini masih berkuatkuasa,” kata beliau.

Ni memang betul tentang perlaksanaan pakai tali pinggang keledar belakang !!!

Tapi aku rasa kita perlu ubah sikap pemandu di Malaysia !!


Aku rasa itu lebih baik...

Aku rasa lepas ini JPJ suruh pakai helmet pula dalam kereta !!
Hahahaha....

Banyak lagi kaedah yang perlu dibaiki kalau nak elak kemalangan maut ni...

Terutama jalan raya !!!!

Apa pihak berwajib tidak melakukan kerja ke ??


Mencegah ni lebih baik tapi banyak faktor yang menyumbang !!

Jadi aku harap pihak berwajib peka dengan masalah ini...


Bagi pemandu aku harap janganlah dok berlumba nak balik kampung !!!

Jalan raya ni bukan litar lumba !!


Biar lambat asal selamat !!

No comments:

Post a Comment