Wednesday, September 1, 2010

Zaid bukan tak layak tapi belum tiba masanya lagi menyandang jawatan no 2 Pakatan Rakyat !!

Walaupun pernah tidak berminat bertanding apa-apa jawatan dalam PKR sebelum ini, Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim kita menukar fikirannya untuk merebut "jawatan itu" dalam pemilihan parti November depan.

Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan berlaku sekiranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berminat merebut jawatan yang sama.

"Kalau dia (Khalid) mahu, saya lebih selesa memberi laluan kepada beliau kerana dia banyak pengalaman yang boleh membantu parti," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Ini kerana, menurut Zaid (kiri), Khalid merupakan seorang pemimpin yang tidak suka menghentam atau memburukkan orang lain, sebaliknya lebih minat bekerja.

"Sebenarnya, itulah pemimpin yang boleh membantu orang Melayu dan parti kita," katanya.

Sebelum ini, ketika mengkritik etika pemilihan PKR, Zaid berkata beliau tidak akan bertanding apa-apa jawatan dalam parti tetapi hanya akan berkempen bagi pihak orang muda yang berkebolehan dan jujur.

Kenyataannya ketika itu mengendurkan sedikit cakap-cakap beliau akan merebut jawatan timbalan presiden PKR bersama Khalid dan ahli parlimen Gombak Azmin Ali.

Alang-alang nak kena tempeleng
Jawatan nombor dua parti itu kini disandang Syed Husin Ali sejak PKR bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum ini.

Menulis dalam blognya hari ini, Zaid menjelaskan walaupun beliau tidak mahukan apa-apa jawatan, beliau terpaksa membuat keputusan baru ekoran asakan demi asakan terhadapnya.

"Kalau dah kena serang bertubi-tubi, baik saja masuk gelanggang. Kata orang, kalau nak kena tempeleng biar berbaloi.

"Tapi itu pun kalau Tan Sri Khalid tak mahu jawatan tersebut," katanya dalam perenggan terakhir artikelnya berjudul 'Ibrahim Ali patut Berdialog'.

Zaid menjelaskan, seperti ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang dicap "liberal" ekoran pandangannya berhubung konsep 'hak' dan 'kedudukan' Melayu, beliau sendiri turut dipandang serong ramai pemimpin PKR ekoran pandangannya dalam pelbagai isu.

"Malah dalam masa pemilihan parti dewasa ini, saya telah mendengar bermacam kecaman, bahawa saya akan menjual hak orang Melayu.

"Saya kononnya Melayu liberal yang suka mencari populariti murahan dengan bangsa lain dalam parti.

"Dan yang paling dahsyat, yang saya akan menggagalkan perjuangan Anwar Ibrahim dan mungkin menjualkan parti PRK ini kepada UMNO suatu hari nanti jika saya diberi kuasa," katanya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bukan aku hendak memburukkan Zaid tapi hakikatnya pada pandangan aku dia belum tiba lagi masanya untuk menyandang jawatan no 2 parti...

ini kerana Zaid banyak kekurangan lagi yang perlu diperbaikinya...

ini kerana aku rasa cara politik dia lebih kearah umno...
bukan aku hendak menuduh dia belot kepada Pakatan Rakyat ini mungkin kerana dia mungkin sudah terbiasa dengan cara ini ketika dia menganggotai Umno !

lagi pun cara politik wang yang diamalkan oleh Penyamun Umno memang bertentangan dengan prisip Pakatan Rakyat !!

lagi pun dia masih baru dalam Pakatan Rakyat aku rasa dia masih lagi perlu banyak belajar tentang prinsip parti dari orang terdahulu..

siapalah aku untuk menilai Zaid....

Ini hanyalah pandangan peribadi aku...

Sekiranya Zaid rasa dia layak memikul jawatan itu aku akan terus menyokong Pakatan Rakyat !!
Kerana jiwaku berada dengan Pakatan Rakyat !!!

Ayuh kita sama-sama humbankan Penyamun Umno PRU 13 !!

No comments:

Post a Comment