Monday, August 9, 2010

Adakah Ini Sistem Perundangan Yang Ditaja ?


Karpal Cabar Mahkamah Heret Farah, Saiful Ke Kandang Saksi

Oleh Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Ketua pasukan pembelaan kes Fitnah II, Karpal Singh mencabar mahkamah supaya mengheret  bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwa menjalinkan hubungan romantis ke kandang saksi bagi menafikan dakwaan tersebut.
Karpal  yang ditemui media di lobi mahkamah menjelaskan  adalah perlu bagi kedua-dua individu itu untuk tampil menafikan hubungan mereka. 
Beliau berhujah bahawa hubungan sulit tersebut  adalah bersalahan dengan etika perundangan dan melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972.
"Mahkamah mesti menjadi tempat untuk kedua mereka menafikan hubungan itu. Perkara seperti ini (hubungan sulit pasukan pendakwaan dengan saksi utama) tidak pernah berlaku di mana-mana di negara Komanwel. Oleh itu, mereka sendiri yang perlu hadir dan berikrar di dalam mahkamah, dan bukannya diwakili oleh mana-mana pihak," tegas Karpal.
Beliau juga menjelaskan apa yang dimaklumkan oleh anak guamnya bukannya 'cakap dengar', tetapi merupakan fakta dan kenyataan. Oleh yang demikian, kenyataan penafian oleh kedua-duanya tampil ke mahkamah sangat diperlukan.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Zabidin Mohamad Diah dalam kamarnya berkata keputusan sama ada Farah dan Saiful akan dipanggil sebagai saksi dicapai petang ini apabila perbicaraan bersambung.
"Saya akan tentukan dalam kenyataan sama ada perlu atau tidak untuk memanggil Farah Azlina dan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada jam 2.15 petang ini. Dengan itu mahkamah ditangguhkan," katanya dalam penangguhan tersebut.
Perbicaraan kes Fitnah II bersambung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pukul 9.30 pagi tadi dengan pasukan peguam bela membuat permohonan untuk mengenepikan pertuduhan.
Terdahulu, ketua pasukan pendakwaan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin membantah permohonan tersebut dengan hujah bahawa tindakan untuk membawa kedua mereka adalah umpan bagi membenarkan dakwaan tentang 'cakap-dengar' yang dikatakan oleh Anwar.
"Hujah untuk memanggil mereka berdua tidak berasas. Ini kerana kenyataan beramaran yang diberikan oleh Saiful kepada Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria dan pegawai penyiasat, Judy Pereira sudah cukup untuk membuktikan, bahawa Saiful tidak mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat tersebut dari Farah," katanya.

Komen aku...
Apa dah jadi dengan sistem perundangan kita pada hari ini??
nampak sangat macam berat sbelah.apa saja bukti yang dikemukakan pihak pembangkang ashik tak relevan aje.habes  mane yang relevannya?Adakah perbicaraan ini ditandatangani oleh UMNO? Mana hilangnya pekerti anda sebagai pemimpin.Pelbagai tomahan negatif terhadap mahkamah akan keluar seperti tidak adil, tulus, saksama dll.Kemana hilang itu semua?

No comments:

Post a Comment