Friday, August 13, 2010

Memang Aku Sokong !!!!

sekarang ni hari-hari kite dengar ada kes buang bayi....
apa nak jadi masyarakat kita hari ni..apa kita sudah kembali ke zaman Jahiliah?
aku memang sokong dengan kata-kata Tok Guru Nik Aziz.
bagi aku la kan kalo stakat hukaman denda saja x memadai..

ini kerana bagi golongan yang mempunyai wang hanyalah masalah kecil bagi mereka.
kenapa kita x laksanakan hukuman HUDUD??
nescaya remaja muslim tidak akan berani melakukan maksiat sehingga melahirkan anak luar nikah..

tapi kalo setakat untuk meraka yang buang bayi saje rasenya xmemadai.
elok juga dikenakan pada mereka yang menggugurkan kandungan secara haram...
kerana ak pernah tgk dalam satu surat khabar mcam mane diaorang melakukanya...
IANYA SEPERTI MEMBUNUH JUGA!!!!
betapa zalimnya...

ak nak marah btol ngan  ALI RUSTAM psal nk tubuhkan sekolah termengandung...
ni macam nak membenarkan penzinaan dan boleh menyebabkan lebih banyak kes buang bayi....
nie orang ISLAM ke ape ni???
xkan la xbelajar zaman sekolah dahulu....
cikgu xajar ke malas nak belajar bangang!!Bodoh!!Bahlol!!Sial!!
ko xsayang ke dengan bangsa klo sendiri?kerana kes buang bayi ni banyak melibatkan bangsa melayu...
xkan la ko xtahu...aku sedih memikirkan remaja kita sekarang......



SALUTE SAMA TOK GURU !!!!!!!
SALUTE SAMA TOK GURU !!!!!!!
SALUTE SAMA TOK GURU !!!!!!!


NIK AZIZ SOKONG HUKUMAN LEBIH BERAT KES BUANG BAYI!!

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong penuh cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat terhadap kes buang bayi bagi membendung gejala itu yang semakin berleluasa di negara ini.

Mursyidul Am PAS itu berkata, hukuman lebih berat itu adalah menepati ajaran Islam supaya dapat memberi pengajaran kepada pelaku dan bakal pelaku.

Katanya, undang-undang sekarang lebih “bersimpati” kepada penjenayah buang bayi yang menyebabkan gejala itu masih berleluasa.

"Saya juga bersetuju sekiranya hukuman bunuh dikenakan ke atas kes membabitkan kes buang bayi yang menyebabkan bayi itu mati," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Jemaah Menteri bersetuju tindakan lebih berkesan diambil bagi membendung penularan kes itu.

No comments:

Post a Comment