Saturday, August 14, 2010

Najib Tun Razak Menyembunyikan Jenayah??

Beliau sepatutnya menjelaskan kepada rakyat adakah beliau terlibat melindungi atau meyembunyikan jenayah...
Pelbagai dokumen boleh menyebabkan Najib dituduh menyembunyikan dan melindungi perkara yang salah dan bertentangan dengan undang-undang dan beliau boleh digelar most notorious crony capitalists.

Perkara ini [dokumen] boleh menyebabkan KPN, PSPRM dan Peguam Negara boleh dituduh tidak menjalankan tugas meraka dengan amanah dan saksama maka mereka mestilah meletak jawatan.

Perkara yang didedahkan dalam dokumen ini bertentangan dengan cakap-cakap PSPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed akan meletak jawaatan sekiranya ada aduan mengenai menteri kabinet tidak disiasat.
Adakah PSPRM hanya menjalankan siasatan tapi tiada tindakan lanjut?

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pernah menulis surat kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Parlimen Malaysia (PAC) tapi tiada tidakan dilakukan.Salahuddin memberi jaminan akan mendedahkan dokumen itu pada umum nanti.

Jika pendedahan dilakukan kerajaan perlu ingat rakyat tidak lagi mahu melihat suruhanjaya siasatan seperti Suruhanjaya Diraja [klip video VK Lingam] dan mereka yang melakukan kesalahan terlepas begitu sahaja.
Pada masa ini sudah pun berlaku apa yang kita lihat sebagai tindakan tolak-menolak antara SPRM dan polis.

Nampak sangat macam ada balaci-balaci Umno dalam SPRM dan PDRM.
Nampak macam tak cukup lagi wang gaji...

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan                           















     Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

No comments:

Post a Comment