Tuesday, August 24, 2010

Jangan Sesekali Menghina Malaysia !!

Pemuda Umno akan 'bertindak balas' terhadap kebiadapan penunjuk perasaan Indonesia yang menghina Malaysia, antaranya dengan dengan membaling najis kepada bendera Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, berbanding aksi liar oleh penunjuk perasaan Indonesia di kedutaan Malaysia di Jakarta semalam, pergerakan itu hanya akan menghantar memorandum tanda tidak puas hati.

"Di samping itu, saya telah mengarahkan Biro Antarabangsa Pemuda Umno untuk menghantar satu Memo Bantahan kepada Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur bagi menyampaikan mesej protes dan bantahan kami kepada kerajaan Indonesia berhubung kejadian ini," kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (kiri).

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila memorandum itu akan diserahkan.

Khairy juga berkata, mereka mengutuk keras tindakan kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) dalam tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia di Jakarta.

"Sungguhpun umum mengakui bahawa tindakan ini adalah gerak kerja sebilangan kecil yang dilaporkan hanya seramai 37 orang, dan pastinya tidak menzahiri serta mewakili sentimen dan juga pendirian rakyat Indonesia seluruhnya.

"Namun kami tetap berasa marah dengan kejadian ini kerana tindakan yang seumpama itu bukan sahaja suatu yang merendahkan kedaulatan negara malahan begitu memualkan sekali," katanya.
Beliau juga menyeru pihak media Indonesia yang dipercayai turut terlibat dalam mengapikan-apikan hubungan baik antara kedua-dua negara supaya melaporkan berita dengan lebih berhemah bagi menjaga keharmonian hubungan dua hala.

Dalam demonstrasi semalam, selain menghina bendera Malaysia, kumpulan itu turut melemparkan najis kepada bangunan kedutaan Malaysia.
Kumpulan itu sebelumnya membawa lima bungkusan najis - diletakkan dalam bungkusan makanan, plastik dan kotak polisterin - dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia sambil mendakwa Malaysia selama ini beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.

Demonstrasi itu menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa merendahkan maruah republik itu dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau menggesa kerajaan Indonesia dapat meningkatkan tahap kawalan keselamatan kedutaan Malaysia di Jakarta bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

"(Kami) menyeru segelintir pihak media Indonesia, yang terbabit di dalam peranan mengapi-apikan hubungan baik antara kedua-dua negara, supaya lebih bertanggung jawab dengan laporan yang berhemah bagi menjaga serta mengelakkan keretakan hubungan dua hala Malaysia dengan Indonesia," tegasnya. -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini hanyalah segelintir sahaja daripada Indonesia...
bukan satu negara !!
Seperti Israel bendera mereka pun turut dibakar dan dipijak....
mereka buat tak tahu je...

Kita semakin jadi macam Israel...
Sebab idea 1Malaysia ni datang daripada Najib dan diberikan bayaran kepada APCO 77 juta yang mana merupakan syarikat Israel lahanat !!

Bodoh betul budak blogger umno ni yang mengupas isu ini ingin menghalau rakyat Indo dari Malaysia..
Fikirlah pro dan kontra rakyat Indo yang ada kt sini
Inikah golongan Melayu yang fikir Melayu ??
Mana kata-kata hikmat korang ?? Hidup Melayu konon.

Mane tak diaorang memperburukan nama Malaysia , sebabnya bagi yang berkerja di Malaysia mesti akan mengatakan yang pihak berkuasa pau mereka.Dan bagi yang ditahan pihak berkuasa mesti ada yang diperlakukan seperti anjing..

Sememangnya macam ni la hakikat mereka yang menumpang mencari rezeki di negeri orang..
Selepas dapat apa yang mahu diburuk-burukan kan pula tempat yang kau pijak untuk cari rezeki

Walaupun aku anti dengan pihak berkuasa dan kerajaan penyamun umno aku terpaksa backup korang!!!Ini kerana Aku Anak Malaysia dan Malaysia Negara Berdaulat..

Aku harap menteri berkaitan melihat tahap disiplin anggota pihak berkuasa supaya lebih jujur dan telus dalam menjalankan kerja...

Jangan jadikan alasan mereka sebagai pendatang untuk menidakkan hak mereka sebagai manusia...Atau adakah hanya Melayu yang pro Umno sahaja yang mempunyai kelebihan ??
Melayu lain??

Hidup Melayu Konon......Sebab Hidup Melayu la penyamun macam korang hidup senang dan rakyat melayu yang semakin tenat...

Bukan imigran Indo yang harus keluar!!!
Penyamun Umno yang harus dikeluarkan dan dihumbankan !!

No comments:

Post a Comment